Udang Kara Air Tawar ataupun CQ Blue (Cherax Quadricarinatus)

Udang Kara Air Tawar ataupun CQ Blue (Cherax Quadricarinatus)

udangkarang01

CQ Blue (Cherax Quadricarinatus), Blue Lobster,  Blue Red Claw ialah udang kara air tawar yang berasal dari negara Australia. Keadaan air yang paling sesuai untuk udang ini tinggal ialah dalam sekitar pH 7 ke pH 8. Saiz matang udang ini adalah dalam linkungan 8 inci hingga 14 inci. Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya 10 gelen (37.8541 liter) yang boleh menempatkan sepasang atau 2 ekor udang karang.

udangkarang02

Medium yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut.

udangkarang03

Kebanyakan udang kara ni mempunyai sifat kanibal (udang karang memakan udang karang yang sama spesies dengannya) sekiranya berpeluang atau apabila sumber makanan terhad. Kanibalism selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran cengkerang kulitnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan). Ruangan yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian juga menyebabkan udang memakan sesama sendiri.

udangkarang04
Suhu air yang sesuai ialah dalam 27 hingga 30 darjah celsius. Udang karani juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya, maka, ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium. Walau bagaimanapun, pellet makanan udang karang ada dijual di kedai akuarium. Makanan pellet ikan tilapai boleh juga digunakan sebagai makanan udang ni (asalakn pellet itu boleh tenggelam dalam dasar air).

udangkarang06

Semasa proses penukaran kulit cengkerang, udang ni akan memakan semula kulit cengkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gantian bagi proses tumbesaran semula cengkerang.

udangkarang05

Proses pembiakan berlaku apabila saiz udang mencapai saiz 3 – 4 inci. Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan.

About the Author