Ni adalah contoh akuarium yang disediakan untuk menempatkan udang kara (bagi tujuan hobi sahaja). Saiz minimum akuarium ini sesuai untuk menyimpan 1 hingga 2 ekor udang dewasa sahaja.
Keadaan akuarium udang kara yang telah diisi dengan air, batu, pasir dan si Udang Kara.
Gambar portrait si Udang Kara dalam posisi close-up.




wah, ni mcm syurga udang kara ni..batu pun yang jenis bling2 pula. Agaknya, berapa bajet untuk setup akuarium jenis ni?
dalam RM300 bole kali kan..
Lebih kurang dlm RM300 la tu..aquarium RM 1++, batu besar = ambil dr sungai, batu kecil = ambil dr sungai juga. Kaki aquarium = Rm110. Filter pump (kalau mau) = RM30 ke RM80, Lampu = RM45
apa dia makan ni? ..
Ni udang makan sayur, makan ikan, makan baja, makan apa2 ja yang boleh di makan dalam air. Asalkan nda beracun.
macam mane lak kalo kita nak biakkan dia ??
macam mane nak tau yg mane jantan n yang mane betina ?
tengok siring sepit…yg warna merah oren2 ckit tu jantan…teda color merah oren2 tu, betina..
Hi Outsider. Nanti sia kasi gambar tu udang yang terbaru. Kalau ko mau kasi biak ni ikan, check jantan betina..caranya, tengok bhgn sepit tepi dan bandingkan (merah-jantan, tiada merah-betina). Lebih baik kalau campurkan 1 ekor jantan bersaiz besar dengan 4 ekor betina bersaiz besar juga. Dlm lingkungan umur ikan tu 6 bulan da, baru la cukup matang. Kalau lebih enam bulan lagi bagus..
dlm RM300 ke bawah pun cukup da…
udang ni untuk perhiasan je ke boleh mkn sekali??
Ni boleh makan ni kalau uda besar la..kalau masih kecil, mana la cukup untuk dimakan..mesti kasi besar dan banyak, baru la best makan!
kabun..dimana mo cari ni udang? di kk adaka.aku baru ada dua ikor ni di rumah,mo cari lagi lain2 jinis..
Ada jual tu di kedai aquarium d sekitar KK..dlm RM5 1 ekor (yg jenis ni la). Kalau yg lain2 tu, mcm blum nampak pula.
udang nie slalu hidup di empangan(dame)..
sungai pun ade..tp sungai yg x deras la..
tp kau faham2 lah..sungai x deras nie..bnyk buaya..hahahaha
dia main di tepi2 saja..udang nie slalu menyorok celah2 batu..
kalau nak nmpk kau menyelam..pas tu angkat batu2 dlm tu…
sebelum kau menyelam kau tabur itu nasi..selepas 20minit kau menyelam..
gerenti itu udang kluar makan itu nasi..
ape lg kau tangkap la..kalau dpt lah..hahah
..sebab udang tu laju dlm air..
wahahahahahahahaha…